Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web PKA akan sentiasa dijadikan suatu wacana di dalam perhubungan dan penyaluran maklumat yang lebih tersusun dan pantas kepada warga universiti dan orang awam keseluruhannya.

Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) mula beroperasi pada 9 Jun 2014 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu. Penstrukturan dan Pengorganisasian Semula Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bertarikh 14 Oktober 2014, PKA telah distrukturkan di bawah Pejabat Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti [PNC (PPF)] yang berkuatkuasa dari tarikh 16 Oktober 2014.

PKA terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagia Amalan Hijau dan Bahagian Pengurusan Tenaga. Bahagia Pengurusan Tenaga  Melaksanakan Pengurusan Tenaga. Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Pengurusan Tenaga. Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Pengurusan Tenaga yang Lestari.  Manakala Bahagian Hijau pula Melaksanakan Pengurusan Air. Melaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal & Bahan Buangan Terjadual. Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Amalan Hijau. Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Amalan Hijau yang Lestari.

 

 

Profesor Madya Juhari Bin Ab Razak
Pengarah PKA
 
kemaskini: Nov 2019

Berita dan Peristiwa

Visit Counter

2142235
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
2642
5789
19980
2081842
25746
179418
2142235