Ucapan Aluan

 

 

 pm jo pengarah

 
 
 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan dengan limpah kurnianya laman web PKA akan sentiasa dijadikan suatu wacana di dalam perhubungan dan penyaluran maklumat yang lebih tersusun dan pantas kepada warga universiti dan orang awam keseluruhannya.

Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) mula beroperasi pada 9 Jun 2014 sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu. Penstrukturan dan Pengorganisasian Semula Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bertarikh 14 Oktober 2014, PKA telah distrukturkan di bawah Pejabat Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti [PNC (PPF)] yang berkuatkuasa dari tarikh 16 Oktober 2014.

PKA terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagia Amalan Hijau dan Bahagian Pengurusan Tenaga. Bahagia Pengurusan Tenaga  Melaksanakan Pengurusan Tenaga. Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Pengurusan Tenaga. Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Pengurusan Tenaga yang Lestari.  Manakala Bahagian Hijau pula Melaksanakan Pengurusan Air.      Melaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal & Bahan Buangan Terjadual. Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Amalan Hijau. Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Amalan Hijau yang Lestari.

Selain daripada itu, PKA juga menyediakan kemudahan dan keperluan bagi menjayakan aktiviti dan program kesedaran alam sekitar dan kelestarian. Ia juga ditubuhkan bagi mewujudkan kumpulan tenaga pakar sebagai perunding dalam projek dan aktiviti yang berkaitan. Membantu mencorak persekitaran Universiti bagi membangunkan suasana kampus yang lestari. Menghasilkan dokumentasi kelestarian meliputi hasil pembelajaran, aktiviti penyelidikan dan perundingan, dan program khidmat masyarakat kepada komuniti di negeri Melaka.

 

 

Profesor Madya Juhari Bin Ab Razak
Pengarah PKA
 

COM_CONTACT_NO_ARTICLES

Berita & Peristiwa

PERTANDINGAN WASTE TO PRODUCT
1699722
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan lepas
Keseluruhan
2698
2931
18984
47678
91831
1699722

Tiada Peristiwa