Berita dan Peristiwa

 

 


 

Assalamualaikum wrt. wbt. & salam sejahtera,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Kami ingin memaklumkan Universiti dalam proses penarafan pensijilan pengurusan tenaga  Energy Management Gold Standard (EMGS)Dua (2) Bintang dari ASEAN Energy Management Scheme(AEMAS).   Kejayaan UTeM mendapat pensijilan EMGS Satu (1) Bintang dari AEMAS pada November 2016 adalah hasil kerjasama dan komitmen erat warga Universiti untuk merealisasi tujuan tesebut.  Usaha berterusan penjimatan tenaga lestari ini diteruskan dalam rangka gerak kerja ke arah penarafan EMGS Dua (2)Bintang dan seterusnya EMGS Tiga (3) Bintang. 

 

3.            Penarafan ini memberi impak positif kepada imej UTeM sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai pengamal pengurusan tenaga yang baik dan menjadi model Amalan Terbaik kepada organisasi lain khususnya di Melaka serta menjadi  universiti pertama dari kalangan MTUN yang mendapat pensijilan ini.

Butiran Opening dan Exit Conference Penilaian Penarafan EMGS 2 Bintang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

 

Opening Conference -

Tarikh/Hari    : 07 November 2018/Rabu

Masa              : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat           : Bilik Mesyuarat Utama FTMK, Aras 4, UTeM Kampus Induk

 

Exit Conference -

Tarikh/Hari    : 09 November 2018/Jumaat

Masa              : 10.00 pagi -11.00 pagi

Tempat           : Bilik Mesyuarat Utama FTMK, Aras 4, UTeM Kampus Induk

 

4          Warga Universiti adalah dimohon untuk memberi kerjasama yang baik kepada semua panel yang akan hadir.   Antara aspek yang              akan dinilai nanti adalah seperti butiran berikut:

i.              Kesedaran dan kefahaman warga Universiti kepada kecekapan tenaga;

            ii.             Pengendalian operasi yang melibatkan penggunaan tenaga dengan cara yang cekap;

iii.            Keterlibatan PTj dalam melaksanakan amalan cekap tenaga;

iv.           Peranan Jawatakuasa Pengurusan Tenaga Universiti dan PTj  melaksanakan tugasan mereka; dan

v.           Komitmen pihak pentadbir Universiti dan PTj dalam menyokong amalan   pengurusan tenaga yang lestari.

 

Kerjasama dari semua warga UTeM dalam perkara ini amat kami hargai.

COM_CONTACT_NO_ARTICLES

Berita & Peristiwa

PERTANDINGAN WASTE TO PRODUCT
1699705
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan lepas
Keseluruhan
2681
2931
18967
47661
91831
1699705

Tiada Peristiwa