Soalan Lazim

 

                                                   

 

 

 

Apakah maksud PKA?

Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA)/Centre for Sustainability and Environment (CSE) diluluskan penubuhannya sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) baharu yang berkuatkuasa mulai dari tarikh 2 Mei 2014 melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 15 Tahun 2014 bertarikh 9 Jun 2014: Penubuhan dan Pelantikan Pengarah Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Melalui Pekeliling Pentadbiran Bilangan 29 Tahun 2014: Penstrukturan dan Pengorganisasian Semula Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bertarikh 14 Oktober 2014, PKA/CSE telah distrukturkan di bawah Pejabat Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti [PNC (PPF)] yang berkuatkuasa mulai dari tarikh 16 Oktober 2014.

 

Di manakah PKA beroperasi?

PKA  kini beroperasi di Kampus Teknologi yang terletak kawasan perindustrian di Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), kira-kira 5 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh.

 

Apakah fungsi utama PKA?

Fungsi Utama Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar adalah seperti berikut :

  • Melaksanakan Pengurusan Tenaga.
  • Melaksanakan Pengurusan Air.
  • Melaksanakan Pengurusan Sisa Pepejal dan Bahan Buangan Terjadual.
  • Menjalin Kerjasama Universiti dengan Agensi Luar Mengenai Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau.
  • Melaksanakan Program Kesedaran dan Mempromosi Pengurusan Tenaga dan Amalan Hijau yang Lestari.

 

PKA mempunyai berapa bahagian?

PKA mempunyai dua (2) bahagian iaitu :

  1. Bahagian Pengurusan Tenaga
  2. Bahagian Amalan Hijau yang merangkumi pengurusan air dan pengurusan sisa.

 

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di PKA ?

Perkhidmatan yang ditawarkan di PKA ialah :

  1. Audit  tenaga
  2. Booth pameran
  3. Melaksanakan Program Kesedaran
  4. Mempromosi Pengurusan Tenaga yang Lestari.

 

Apakah Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKA ? 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKA adalah seperti berikut:

1.

Program latihan dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran dalam penjagaan alam sekitar dan kelestarian:

  • Kursus Amalan Pejabat Hijau.
  • Kursus Asas Pengurus Tenaga Bagi Staf Pengurusan Dan Akademik.
  • Kursus Pengendalian Baja Kompos Bersama Perbadanan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
  • Kursus Penghayatan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).
2.
Merancang dan melaksanakan program bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Earth Hour

  • Earth Day

  • Hari Alam Sekitar Sedunia

  • Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM )

3.
Mengumpul dan mendokumenkan semua hasil aktiviti pembelajaran, penyelidikan, projek yang berkaitan dengan kelestarian dan alam sekitar termasuk peralatan, produk, dan IP & Paten.
4.
Projek South East Asia Sustainability Network (SEASN) iaitu Buku (Research Publication) dan Silibus Lestari (Sustainable Assessment Method – SAM)

 

Adakah pelajar IPTA boleh membuat Latihan Industri di PKA ?

Ya, pelajar IPTA dari  mana-mana kolej boleh membuat Latihan Industri di PKA.

 

 

 

 

 

                                        

COM_CONTACT_NO_ARTICLES

Berita & Peristiwa

PERTANDINGAN WASTE TO PRODUCT
1699718
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan lepas
Keseluruhan
2694
2931
18980
47674
91831
1699718

Tiada Peristiwa